Tuesday, December 11, 2007

PENGENALAN

Al-amin yang bermaksud yang di percayai.Al-amin adalah gelaran yang diberikan kepada rasulullah SAW kerana beliau seorang yang beramanah,jujur dan berhemah tinggi.Justeri itu,pihak kami memilih nama al-Amin sempena gelaran rasulullah SAW.Kumpulan al-Amin di tubuhkan pada tahun 1998 yang di anggotai oleh lima orang anggota yang berumur di bawah 12 tahun.iaitu Mohd Zulkhairee,Mohd Najib,Mohd Hazwan,Mohd Asri dan Mohd Fazli.Mereka di pilih melalui pertandingan nasyid anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia.Kemunculan album pertama UNTUK MU TERSAYANG di bawah Impian Production Kuala Ketil Kedah yang diterbitkan oleh saudara Amar menjadikan kumpulan ini dikenali terutama di kawasan utara tanah air.

Kumpulan al-Amin masih mengekalkan konsep kumpulan nasyid kanak-kanak dengan nama yang sama walaupun anggota kumpulan al-Amin yang lama telah berpecah namun pihak pengurusan tetap mencari bakat-bakat baru untuk menggantikan kumpulan al-Amin yang lama.Melalui pertandingan-pertandingan nasyid,al-quran dan azan bakat-bakat suara di kesan.Maka kini muncul semula kumpulan al-Amin yang baru terdiri da

ripada Amir Saufi b Romli ,Mohd Amirul b. Azmi,Mohd Khasfi b. Azizan ,Mohd Faisal b. Mohd Azhar,Mohd Hashimi b. Yunan dan Mohd Mushrif b. Zulkhairi .Mereka adalah pelajar dari SK.Ayer Hitam,SMKA Makarimul Akhlak Langgar,SK Tunku Laksamana Ayer Hitam,Sk.Pulau Chapa Jitra Kedah dan Sk Sri Amar Diraja Alor Setar Kedah.

Kumpulan ini selalu di undang untuk mengadakan persembahan bersama-sama kumpulan nasyid terkenal separti Rabbani,Hijjaz,In-team,Firdaus dan beberapa persembahan-persembahan amal dari pada pertubuhan-pertubuhan kerajaan dan swasta.

KONSEP

Kumpulan al-amin masih lagi mengetengahkan lagu-lagu yang berkonsepkan muzik dan lagu yang sederhana dan dapat diterima oleh semua golongan masyarakat yang bertemakan ketuhanan,kedamaian dan kasih sayang. dan masih lagi berkonsepkan kumpulan kanak-kanak dan mendendangkan lagu-lagu bersesuaian dengan citarasa kanak-kanak dan semua lapisan.

BIODATA ANGGOTA AL-AMIN

Nama Penuh : Mohd Amirul b. Azmi
Nama Samaran : Adek
Tarikh Lahir : 19 Okt 1995
Umur : 12 tahun
Asal : Ayer Hitam,Kedah
Alamat Rumah : Kg.Permatang Bonglai Besar 06150 Ayer Hitam
Kedah.
Profesion : Pelajar
Pendidikan : SK.Tunku Laksamana,06150 Ayer Hitam Kedah
Hobi : Membaca buku,Berkenalan dan Mendengar lagu-
lagu nasyid
Cita-cita : Guru
Idola Hidup : Rasulullah S.A.W
Idola : Kumpulan Hijjaz
Motto Hidup : Ingin berjaya dalam apa jua yang diceburi

Nama Penuh :Mohd Mushrif b.Zulkhairi
Nama samaran : Murshid
Tarikh Lahir : 7 April 1994
Umur : 13 Tahun
Asal : Pokok Sena Kedah.
Alamat Rumah : 14 ¾ Simpang Bukit Tembaga,Jalan Kuala Nerang
06300 Alor Setar Kedah.
Profesion : Pelajar
Pendidikan : SK.Bukit Tembaga Kuala Nerang dan SMK.Agama
Makarimul Akhlak Langgar Pokok Sena Kedah.
Hobi : Membaca Al-Quran,Bernasyid
Cita-cita : Tahfiz Al-Quran
Idola Hidup : Rasulullah SAW dan Para Sahabat
Idola : Kumpulan Hijjaz dan Saujana
Motto Hidup : Selagi hidup selagi berjuang

Nama Penuh : Mohd Khasfi b. Azizan
Nama Samaran : Khasfi
Tarikh Lahir : 10 Disember 1995
Umur : 12 Tahun
Asal : Ayer Hitam Kedah
Alamat Rumah : Kg Pida 6 Lana Bulu,06150 Ayer Hitam Kedah
Profesion : Pelajar
Pendidikan : Sk.Tunku Laksamana,06150 Ayer Hitam Kedah.
Hobi : Bersukan,Membaca buku dan Mendengar lagu.
Cita-cita : Guru
Idola Hidup : Rasulullah SAW
Idola : AMAR
Motto Hidup : Tidak mudah putus asa..

Nama Penuh : Amir Saufi b Romli
Nama Samaran : Amir
Tarikh Lahir : 4.10.1995
Umur : 12 Tahun
Asal : Ayer Hitam Kedah.
Alamat Rumah : Hadapan Pej.Penghulu Ayer Hitam
Profesion : Pelajar
Pendidikan : SK.Ayer Hitam 06500 Ayer Hitam Kedah
Hobi : Bernasyid,Bersukan dan Membaca
Cita-cita : Doktor
Idola Hidup : Rasulullah SAW dan Para sahabat
Idola : Kumpulan Hijjaz dan Rabbani
Motto Hidup : Berhikmah dalam apa jua perkara

Nama Penuh : Mohd Hashimi b.Yunan
Nama Samaran : Shimi
Tarikh Lahir : 4.11.1995
Umur : 13 Tahun
Asal : Jitra Kedah
Alamat Rumah : Kg.Pida 4 06000 Ayer Hitam Kedah
Profesion : Pelajar
Pendidikan : SK.Pulau Chapa 06000 Jitra Kedah
Hobi : Bersukan,Membaca dan Memancing
Cita-cita : Polis
Idola Hidup : Rasulullah SAW
Idola : Kumpulah Raihan dan Zulfan
Motto Hidup : Bersederhana dalam kehidupan dan berfikir
Sebelum bertindak.

Nama Penuh : Mohd Faisal .b Mohd Azhar
Nama Samaran : Jan
Tarikh Lahir : 6.9.1995
Umur : 12 Tahun
Asal : Alor Setar
Alamat Rumah : No 53,Jln Dato Syed Ahmad Alor Merah 05250
Profesion : Pelajar
Pendidikan : Sk.Sri Amar Diraja Alor Star.
Hobi : Bersukan,membaca dan bernasyid
Idola : Kumpulan Saujana dan Perdana Menteri Malaysia
Motto Hidup : Tidak putus asa


PERKHIDMATAN

1-Mengadakan persesembahan nasyid untuk :

  • Hari-hari Kebesaran Islam
  • Majlis Perkawinan
  • Konsert dan Majlis-majlis rasmi anjuran Kerajaan,Universiti,Sekolah dan Jabatan-Jabatan Swasta.
  • Persembahan selingan untuk majlis-majlis Ilmu dan Keramaian

  1. Pengurusan Artis Nasyid

3-Pengurusan Jual Beli Alat-Alat Nasyid

4-Pengurusan Mengajar Nasyid untuk sekolah-sekolah

Untuk Pertanyaan dan Jemputan ;

En.Mohd Yazid B Md Zain

Tel : 04-7947598 H/P : 017- 4815667 @ 017- 5867970

BERITA DAN INFORMASI TERKINI

Al-amin selalu diundang mengadakan persembahan nasyid bersama-sama kumpulan-kumpulan nasyid terkenal tanah air seperti Hijjaz,Rabbani,Nazri Raihan,Inteam,Firdaus dan lain-lain lagi.Seorang anggota al-amin telah merakamkan album Al-Quran (Juzuk A’mma) bersama Hijjaz Records.Beliau ialah Mohd Mushrif b. Zulkhairi.Untuk album terbaru dalam proses perbincangan.

PENCAIPAIAN KUMPULAN AL-AMIN

i- Album pertama UNTUK MU TERSAYANG terbitan Impian Production

di bawah pengurusan AMAR

ii- Album Kedua CAHAYA KEHIDUPAN terbitan De Al-Amin

Intertaiment Bt 9 Jalan Gunung Keriang Alor Setar Kedah.

iii- Album Surah Lazim Al-Amin terbitan Hijjaz Records dan edaran EMI

iv- Anugerah Penampilan Terbaik Astro Pertandingan Nasyid dan Marhaban

sempena bulan ramadhan 2007.

INFO TERKINI

Kemasukkan ahli baru iaitu Mohd Faisal dan Mohd Hashimi Yunan serta diperkasakan dengan kehadiran semula Amir Saufi dari Sk Ayer Hitam anggota lama yang dipanggil semula memantapkan lagi vakol kumpulan al-amin dalam persediaan album terbaru kumpulan ini dengan lagu-lagu yang dijangkan mendapat sambutan seperti Untuk mu tersayang 2,al-amin,zapin pesanan adalah hasil ciptaan dan sentuhan penerbit Saudara AMAR.Lagu Selamat Tinggal Ibu hasil sentuhan pencipta muda yang menerbitkan album kumpulan Fairuz(kanak-kanak) Saudara Fikri.Isyaallah akan memuaskam hati peminat kumpulan al-amin.Kumpulan ini juga bernaung di bawah De Al-Amin Intertaiment dan mendapat kerjasama Impian Production(AMAR) dan Hijjaz Records.

MENCARI BAKAT BARU

Pihak Pengurusan De Al-amin Entertaiment juga mengalu-alukan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan berminat dengan nasyid berumur 7- 12 tahun untuk menyertai kumpulam al-amin. Untuk diuji bakat.boleh menghubungi Ust Yazid 017-4815667.

PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH

  1. Impian Production terutama saudara AMAR serta ayahanda Cikgu Abd.Rahman yang banyak membantu dalam penerbitan dan sumbangan lagu-lagu serta nasihat dan tunjuk ajar yang bermakna kepada kemunculan al-amin serta memberi peluang kepada kumpulan ini menunjukkan bakat.
  2. Pihak Hijjaz Records yang memberi peluang dan kepercayaan dengan menerbitkan album surah lazim al-amin yang dibaca oleh adik musyrif anggota al-amin.Terima kasih juga kepada Kumpulan Rabbani,Firdaus,Dzil Afnan dan Zulfan diatas sokongan dan tunjuk ajar serta peluang-peluang persembahan bersama yang diberikan.
  3. Waris-waris dan Kru-kru De al-amin Intertaiment terutama saudara Mansor,Hafiz,Rafaei dan Asri yang tak jemu-jemu memberi sokongan kearah memajukan kumpulan al-amin serta memberi peluang kepada adik-adik al-amin memenuhi masa lapang yang terluang dengan aktiviti yang berfaedah.Semoga Allah merahmatinya.
  4. Peminat-peminat al-amin semoga sentiasa mendoakan kejayaan al-amin.

No comments: