Tuesday, December 11, 2007

Album ke-3 AMAR


Album HIKAYAT CINTA membariskan ramai komposer-komposer dan pemuzik-pemuzik terkenal tanahair yang bergabung untuk menghasilkan album ini. Antara penerbit-penerbit yang terlibat dalam pembikinan album HIKAYAT CINTA ini ialah Isman Nadim Hijjjaz, Munif Ahmad Hijjaz, Faizal Osman Hijjaz, Saiful Mestica dan AMAR sendiri selaku penerbit yang paling banyak menerbitkan lagu di dalam album ini. Antara pemuzik-pemuzik yang terlibat pula ialah Eddie Marzuki, Firdaus, Along Exist, Achik dan AMAR sendiri. Disebabkan ramai konposer dan pemuzik yang terlibat dalam pembikinan album ini, maka ianya menyajikan kepelbagaian rentak, mood dan irama dalam memenuhi selera pendengar untuk pelbagai peringkat umur.

No comments: